Briged Ke-31 Infantri Malaysia ungguli Kejohanan Tinju Peringkat 1 Divisyen


KUCHING-- Briged Ke-31 Infantri Malaysia (31 Bgd) mengungguli Kejohanan Tinju Peringkat 1 Divisyen (1 Div) selepas dinobatkan sebagai johan keseluruhan kejohanan itu yang berlangsung di Kem Muara Tuang, Kota Samarahan, bermula 23 hingga 27 Mei 2022.



Markas 1 Div menerusi kenyataan di Facebook rasminya berkata, majlis penutupan kejohanan itu disempurnakan Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia Mejar Jeneral Datuk Dzulkafli Mustaffa di Dataran Muara Tuang pada 27 Mei 2022.


 

Dalam kejohanan tinju yang bermula pada 23 Mei lalu itu, sebanyak 11 kategori dipertandingkan melibatkan penyertaan seramai 69 peserta yang terdiri daripada  Pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Trup 1 Div, 3 Bgd, 9 bgd dan 31 Bgd.


Dzulkafli dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada pemenang terutama yang terpilih bagi mewakili 1 Div ke pertandingan Tinju peringkat Tentera Darat 2022. 



Beliau turut berbangga atas kesungguhan yang telah dipamerkan oleh kesemua peserta.


Jelasnya, objektif utama penganjuran kejohanan itu adalah untuk memilih peserta mengikut kategori bagi mewakili 1 Div ke pertandingan di peringkat Tentera Darat 2022.



Terdahulu, Panglima Briged Ke-31 Infantri Malaysia, Brig Jen Abdul Jalal Zaidi Abdul Majid selaku pengajur kejohanan ini telah menyempurnakan upacara pembukaan kejohanan itu pada 23 Mei 2022.



Pelaksanaan aktiviti ini selaras dengan Tonggak Kedua Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Memperkasakan Keutuhan Organisasi.



Turut hadir, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Datuk Mardzuki Muhammad, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan Datuk Hamzah Brahim, Panglima 3 Bgd Brig Jen Mohd Kamil Abdul Latiff, Panglima 9 Bgd Brig Jen Mohd Shauari Mat Piah dan Abdul Jalal. 

Next Post Previous Post