Ayam tidak berkokok, rupa-rupanya ditelan sawa
Anggota APM membantu menangkap ular sawa yang kekenyangan selepas menelan ayam. Gambar kredit APM |
Guru terbabit, Muhamad Nurhafizi menyedari kelibat sang batik yang dalam kekenyangan melingkar dalam reban ayamnya ketika pulang dari sekolah sekitar jam 2 petang.
Tindakan pantas beliau memohon bantuan pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Betong untuk membantu menangkap reptilia tersebut telah menyelesaikan misteri kehilangan ayam peliharaannya.
"Sekitar kawasan Taman Perumahan (Paya Udak) kita disini memang terdapat banyak ular disebabkan kerana masih dikelilingi hutan.
"Pernah beberapa kali kita berjaya menangkap ular yang mengintai ayam peliharaan dalam reban belakang rumah kami," katanya.
APM Betong yang diketuai Sjn(PA) Hasla bin Deli telah bertindak pantas setelah dihubungi bagi membantu menangkap ular tersebut.
"Bersama dua anggota, Pbt(PA) Mackerwen Jamsen ak Bajang dan Pbt(PA) Sebastian Galing Undi, kami bergerak ke lokasi membawa kelengkapan bagi menangkap reptilia terbabit.
"Sang batik sepanjang enam kaki yang kekenyangan berada di dalam reban ayam berjaya ditangkap dengan teknik menjerut.
"Pasukan kami mengambil masa sekitar 30 minit untuk menyelesaikan tugasan dan kembali ke Pejabat Kawalan Operasi Daerah(PKOD).
Ular sawa yang ditangkap dibawa ke PKOD sebelum dilepaskan ke habitat asalnya," katanya.