Angkara putus cinta, remaja terajang ibu sampai cedera
Gambar IPD Miri |
Difahamkan dalam kejadian sekitar jam 8.30 malam Jumaat lalu, remaja berusia 17 tahun tersebut bertindak agresif secara tiba-tiba selepas putus cinta dengan kekasihnya.
Menurut Ketua Polis Daerah Miri AC0 Alexson Naga Chabu, suspek ditahan sebaik sahaja pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian.
“Tangkapan dilakukan kurang 3 jam selepas bapa suspek tampil membuat laporan polis,” katanya.
Dalam kejadian, mangsa berusia 48 tahun dan cucu perempuannya berusia 9 tahun mengalami kecederaan dan lebam pada badan.
Suspek kini sedang ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan.