Angkara dendam, lelaki ugut tetak abang ipar

Gambar IPD Miri

MIRI— Kerana mengesyaki abang ipar punca ditahan polis sebelum ini, seorang lelaki tergamak mengugut mangsa menggunakan parang, dalam kejadian di sebuah rumah panjang di Saeh Niah pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7.45 malam itu, suspek berusia 34 tahun mengugut menetak mangsa berusia 53 tahun.

Susulan menerima laporan daripada mangsa, anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Miri telah menahan suspek awal kira-kira jam 2 pagi.

Suspek ditahan reman selama empat hari sehingga 9 Mei ini untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.
Next Post Previous Post