Aksi pencuri tak berbaju dirakam di CCTV
Suspek diberkas bersama beberapa barangan disyaki dicuri. Gambar IPD Miri |
Difahamkan, suspek berusia 31 tahun itu telah memecah masuk kediaman tersebut tanpa memakai baju dan melarikan sejumlah barangan berjenama bernilai RM75,000 termasuk wang tunai RM30,000.
Antara barangan yang dilaporkan hilang seutas rantai emas seberat 140gm dengan anggaran nilai RM40,000.
Suspek (tengah) kini sedang ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut. Gambar IPD Miri |
Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu ketika dihubungi mengesahkan tangkapan.
“Suspek ditahan di tempat parking motorsikal di Taman Bulatan di sini pada jam 5.15 petang oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ)IPD Miri sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kejadian.
Semasa tangkapan , polis turut menemukam semula beberapa barangan dipercayai dicuri termasuk wang tunai RM4,612,” katanya.
Suspek kini sedang ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana memecah masuk rumah.