Warga emas hilang dalam hutan 17 jam ditemui selamat
Warga emas yang dilaporkan hilang di kawasan hutan Kampung Jengalas, Bekenu semalam, ditemui selamat hari ini. Gambar BBP Batu Niah |
Mangsa yang berusia 72 tahun dijumpai selamat pada jam 10.20 pagi tadi, pada jarak 200 meter dari kawasan perumahan kali terakhir mangsa dilihat petang semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah, Rary Binjie berkata, mangsa yang dikenali sebagai Abdul Rani Lakim, ditemui dalam keadaan tidak berpakaian oleh pasukan SAR yang disertai orang kampung dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).
Anggota bomba membantu mangsa yang baru ditemui selepas 17 jam hilang dalam hutan. Gambar BBP Batu Niah |
"Mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan itu namun berada dalam keadaan lemah kemudiannya diserahkan kepada adiknya," ujar beliau.
Ujar Rary, dengan terjumpanya mangsa operasi SAR pada hari kedua itu ditamatkan.
Ujar Rary, dengan terjumpanya mangsa operasi SAR pada hari kedua itu ditamatkan.