Wanita bela kucing berisiko tinggi main kayu tiga
Tinjauan mendapati 22 peratus daripada 1,400 isteri curang mengakui memiliki kucing sebagai haiwan kesayangan. Gambar hiasan kredit unsplash |
Agensi memetik laporan akhbar The Sun UK yang disiarkan Kosmo semalam, mendapati perkara itu menerusi keputusan yang didapatkan melalui satu tinjauan terbaharu yang telah dijalankan.
Berdasarkan pengakuan seorang wanita bernama Camilla, 42, berkata dia yang mengaku curang dengan suaminya mendedahkan kucing adalah haiwan yang senang dijaga.
“Kucing sangat berdikari jadi ia memberi saya lebih banyak masa untuk menjalin hubungan sulit.
“Mempunyai kekasih gelap memberi saya suntikan adrenalin untuk menikmati hidup,” kata Camilla.
Sementara itu, Jessica Leoni yang merupakan wakil platform janji temu individu yang sudah berkahwin, IllicitEncounters, menjalankan tinjauan itu berkata, 22 peratus daripada 1,400 isteri curang mengakui memiliki kucing sebagai haiwan kesayangan.
Tambahnya, selain kucing, wanita yang memilih ikan sebagai haiwan peliharaan juga berisiko tinggi bermain kayu tiga dengan pasangan mereka sebanyak 17 peratus.
Manakala wanita yang memelihara anjing dipercayai paling setia kerana hanya 12 peratus sahaja daripada peserta tinjauan mengaku menduakan pasangan mereka.