Tempat pelupusan mercun di Sentul terbakar

Gambar tangkap layar kebakaran tapak pelupusan mercun di Sentul petang tadi. Kredit kepada pemilik video

KUALA LUMPUR—Tapak pelupusan mercun di Sentul Work dekat sini terbakar dalam kejadian kira-kira 6.30 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian tersebut dan operasi pemadaman sedang dijalankan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Menurutnya terdapat mangsa dalam kejadian tersebut namun belum dapat dipastikan kecederaan yang dialami.

Kejadian tersebut tular di media sosial apabila beberapa keping gambar dan video dimuat naik dengan memaparkan pengguna jalan raya memberhentikan kenderaan bagi melihat kejadian dan kedengaran bunyi dentuman mercun dalam video berdurasi tiga minit 32 saat.

Warganet turut berkongsi bahawa mereka turut merasai gegaran susulan letupan kuat mercun itu.

-- BERNAMA
Next Post Previous Post