Sudah empat kali terbakar, siapa khianat?
Rumah tersebut sebelum ini turut dilaporkan terbakar tiga kali dalam tempoh 12 jam pada Khamis lalu.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 12.17 tengah malam tadi berhubung
berlaku kebakaran berulang di bangunan kediaman yang sama di lokasi kejadian.
Katanya, PGO menerima tiga panggilan kecemasan melaporkan kejadian kebakaran tersebut.
"Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan dibantu BBP Batu Lintang telah bergerak ke lokasi bagi membuat operasi pemadaman," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sejurus tiba kata PGO, Komander Operasi,PBK II Abd Aziz Swandi mengesahkan kebakaran merupakan kebakaran berulang melibatkan rumah hujung yang terbakar dua kali pada awal pagi dan tengahari pada 14 April lalu.
Kebakaran kali ini pula merupakan kebakaran keempat di mana berlaku di rumah yang sama, katanya.
"Kejadian dikatakan sengaja dibakar oleh orang yang tidak bertanggungjawab dan kebakaran kali ini berlaku di tingkat bawah melibatkan barang-barang di dalam rumah berkenaan.
"Kebakaran bagaimanapun berjaya dikawal lima minit kemudian. Pasukan Bomba membuat pemadaman dengan dua pancutan nozzel masing-masingnya satu pancutan menggunakan kaedah 'offensive' sehingga kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya.
"Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya dan diisytiharkan tamat pada jam 1.02 pagi," ujarnya.