Seorang maut, empat lagi parah, kereta terbabas masuk ke longkang
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan sekitar jam 4.58 pagi tadi yang memaklumkan terdapat kemalangan jalan raya dan mengarahkan pasukan dari Balai Bomba dan
Penyelamat (BBP) Batu Lintang ke lokasi.
"Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Unser telah terbabas masuk ke dalam longkang dan terdapat lima mangsa (tiga lelaki dewasa dan dua perempuan dewasa) tersepit dalam kenderaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambahnya, pasukan bomba berjaya mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit dengan mengunakan peralatan penyelamatan.
Bagaimanapun, jelanya seorang lelaki iaitu pemandu kenderaan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pihak perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
"Manakala empat lagi cedera parah dan telah dihantar ke hospital dengan mengunakan Jentera EMRS dan Ambulans KKM," ujarnya.
Setelah selesai menyerah dan menghantar ke hospital dan memastikan keadaan selamat di lokasi anggota berangkat balik ke balai.
Operasi Tamat sepenuhnya pada jam 6.58 pagi.
Kes masih dalam siasatan polis.