Remaja Mati Ditimpa Lif Pengangkut Barang Di Pasar Raya

Gambar BBP Bintulu

BINTULU--Seorang lelaki berusia 18 tahun maut selepas ditimpa sebuah lif pengangkut barang di salah sebuah pasar raya terkemuka di Jalan Sultan Iskandar di sini petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu, Christus Buson dalam kenyataannya hari ini berkata, sepasukan anggotanya dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada jam 5.21 petang tadi.


Mangsa yang dikenali Andrew Munding Kuling, 18, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menjalankan pemeriksaan ke atas mangsa.


Pasukan bomba katanya mengambil masa hampir satu jam bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit di celah lif yang mana tubuh beliau berjaya dikeluarkan pada jam 6.35 petang.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.
Next Post Previous Post