PM Ismail Sabri tidak pasti kesahihan 'PASLeaks'
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Gambar arkib |
“Kita pun tak tahu dokumen itu betul atau tidak,” katanya yang enggan mengulas lanjut berhubung dokumen yang tular itu ketika ditemui pemberita selepas merasmikan sesi Town Hall dan melancarkan Buku Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera di sini.
Dokumen “PASleak” yang tular mengandungi dakwaan terdapat gerak kerja untuk percaturan politik termasuk menyentuh idea campur tangan dalam bidang kehakiman.
Dokumen itu turut menyentuh mengenai masa depan Ismail Sabri sebagai perdana menteri.
-- BERNAMA