Pasukan Stesen Penguatkuasa Skaloh kawal lalu lintas lokasi kemalangan


MIRI—Demi keselamatan pengguna lebuh raya, pasukan dari Stesen Penguatkuasa Skaloh bertindak pantas mengawal lalu lintas berikutan kemalangan jalan raya di selekoh Jalan Pesisir Pantai di sini, pagi tadi.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sarawak menerusi hantaran di Facebooknya hari ini memberitahu kemalangan itu melibatkan kenderaan Produa Viva bewarna Kelabu dengan kenderaan Toyota Hilux.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kedua-dua pemandu gagal mengelak kenderaan sebelum bertembung.

“Kemalangan itu menyebabkan berlakunya kesesakan teruk di lokasi kemalangan,” kata kenyataan itu.

Sehubungan itu katanya, pasukan operasi yang sedang membuat rondaan Op Hari Raya di sepanjang Jalan Pesisir Pantai terus bertindak pantas mengawal keadaan lalu lintas di tempat kejadian.

Tambahnya, langkah ini turut memudahkan usaha menyelamat pasukan penyelamat dari polis dan hospital membantu mangsa.
Next Post Previous Post