Mekanik kapal terjatuh ke dalam sungai
Lokasi mangsa dipercayai tergelincir sebelum terjatuh ke dalam sungai dan tenggelam. Gambar PDRM Sibu |
Ketua Polis Balai Lanang SI Devaraj Subramaniam ketika dihubungi Borneo Network mengesahkan, dalam insiden sekitar jam 4.30 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Lim Wee Sin, 49, dikatakan hendak turun memperbaiki enjin kapal sebelum tergelincir lalu terjatuh ke dalam sungai.
Lokasi mangsa dipercayai tergelincir sebelum terjatuh ke dalam sungai dan tenggelam. Gambar PDRM Sibu |
"Saksi kejadian berkata, sejurus jatuh, mangsa timbul seketika di permukaan sungai, namun selepas itu beliau terus tenggelam tanpa sempat diselamatkan," ujarnya.
Usaha pencarian katanya dijalankan pada hari sama hingga jam 8 malam tadi, namun masih gagal menemui mangsa.
Usaha mencari dan menyelamat (SAR) akan diteruskan hari ini yang melibatkan Pasukan Polis Marin Sibu dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).