Lubang Jalan Di Jalan Samalaju Undang Maut, Tindakan Menampal Lubang Harus Dijalankan Segera
Gambar ihsan pengadu |
Semasa kejadian, beliau yang berusia 26 tahun dan enggan namanya didedahkan dalam perjalanan balik dari membeli juadah berbuka puasa di Nyalau dan dalam perjalanan balik menuju kediamannya di Samalaju Ecopark Apartment.
"Nasib baik saya berjaya mengawal motosikal yang ditunggang dari terbalik dan mendatangkan kecederaan yang lebih teruk lagi," ujarnya ketika dihubungi Borneo Network.
Beliau berkata, lubang itu agak besar dan agak dalam yang mana diameternya mungkin mencecah dua kaki.
Justeru itu, beliau berharap agar pihak berwajip mengambil langkah segera bagi menampal lubang jalan terbabit sebelum ianya bertambah dalam dan besar.
Tindakan segera katanya harus diambil sebelum ianya mengakibatkan kemalangan yang lebih buruk lagi khususnya buat warga kerja di Taman Perindustrian Samalaju (TPS)
Tambahan pula katanya, ianya merupakan laluan utama pekerja yang turun dan balik bekerja ke kilang perindustrian di kawasan perindustrian berkenaan.