Lelaki cabul anak saudara ditahan
Suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut. |
Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah rumah di Kampung Masjid Kuala Baram pada 14 April lalu, sekitar jam 1.30 petang ketika mangsa bersendirian dalam bilik.
Dalam kejadian itu, suspek secara tiba-tiba datang menghampiri mangsa lalu meramas buah dadanya sebelum cuba memegang kemaluan mangsa.
Tangkapan dilakukan susulan menerima laporan daripada mangsa.
Suspek kini sedang ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap kanak-kanak 2017.