Lelaki maut terkena renjatan eletrik
Mangsa maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik di pelantar transformer milik Sarawak Energy di Kampung Semukoi A, Jalan Serian-Sri Aman pagi tadi. Gambar kredit BBP Serian |
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, berikutan itu anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian dikerahkan ke lokasi setelah menerima panggilan sekitar jam 10.25 pagi berhubung kejadian tersebut.
Beliau berkata, komander operasi membuat pemeriksaan di lokasi dan mendapati keadaan arus elektrik masih aktif dan tidak selamat untuk kru melakukan tugas-tugas penyelamatan.
Anggota bomba menurunkan mangsa dari pelantar dengan bantuan polis dan pasukan perubatan KKM. Gambar kredit BBP Serian |
"Ekoran itu bomba menunggu pihak Sarawak Energy hadir dan mengesahkan keadaan betul-betul selamat.
"Setelah mendapati keadaan selamat, kerja-kerja menurunkan mangsa dari pelantar dilakukan dengan bantuan polis," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pelantar transformer milik Sarawak Energy di Kampung Semukoi A, Jalan Serian-Sri Aman. Gambar kredit BBP Serian |
Tambahnya, mangsa telah disahkan mati di lokasi oleh pasukan perubatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Mayat mangsa katanya telah diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.