Lelaki maut kereta dirempuh 4WD ketika masuk simpang


DEBAK-- Seorang lelaki maut dalam nahas jalan raya melibatkan dua kenderaan yang berlaku di Simpang Nanga Gayau, Jalan Betong-Debak dekat sini.

Dalam kemalangan itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Juting Jipun yang berusia 53 tahun.

Difahamkan, mangsa yang memandu sebuah kereta jenis Proton Saga dipercayai hendak masuk ke Simpang Nanga Gayau. 


Semasa mangsa hendak masuk ke simpamg berkenan, keretanya dirempuh dari bahagian tepi oleh kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang datang dari arah bertentangan.

Akibat kemalangan itu, mangsa tersepit ditempat duduk pemandu. 


Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong PBK1 Henry Jugah memaklumkan bomba ada terima panggilan berhubung kemalangan itu.

Namun, katanya mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam yang berada di tempat kejadian.


Tambahnya, mangsa kemudian dihantar oleh orang awam ke Hospital Betong sebelum bomba tiba di lokasi.

"Walau bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia sebaik sahaha tiba di hospital oleh pihak paramedik di situ," katanya. 


Sementara itu, pemandu 4WD bersama dua lagi penumpang dilaporkan tiada mengalami sebarang kecederaan.

"Pasukan Bomba hanya bertindak memotong terminal bateri kereta mangsa dan mengalihkan kenderaan tersebut ke tepi jalan raya supaya tidak menggangu lalu lintas bersama pihak polis," ujarnya.
Next Post Previous Post