Lelaki jilat, masukkan jari ke dalam anu kanak-kanak perempuan ditangkap

Suspek ditahan polis kerana disyaki mencabul kanak-kanak perempuan di Bakong. Gambar kredit Polis Marudi

MARUDI— Seorang lelaki warga Indonesia ditahan kerana disyaki menjilat dan memasukkan satu jari ke dalam kemaluan seorang kanak-kanak di sebuah rumah pekerja di Bakong pada Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Marudi DSP Mohd Ruslan Mat Kib, berkata suspek berusia 28 tahun itu ditahan anggotanya pada Ahad (24 April) selepas ibu mangsa tampil membuat laporan polis berhubung kejadian.

“Kejadian terbongkar, apabila ibu kepada kanak -kanak tersebut menanyakan keberadaannya pada Sabtu selepas sepanjang hari anaknya tidak kelihatan sehingga petang mangsa pulang.

“Ketika ditanya ibunya, mangsa berkata suspek telah membawanya bermain bersama di dalam sebuah bilik kosong rumah pekerja di kawasan tersebut sebelum bertindak menjilat dan memasukkan satu jari ke dalam kemaluannya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ruslan menambah, suspek kini sedang ditahan di lokap Balai Polis Marudi selama 14 hari sehinggan 1 Mei bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan -kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/66.
Next Post Previous Post