Keluarga dikejutkan ular tedung berehat di bilik air


MIRI—Sebuah keluarga di Kampung Bidayuh, Lusut Jaya petang Sabtu mengalami detik cemas apabila seekor ular tedung selar berukuran dua meter panjang ditemui 'berehat' di dalam bilik mandi kediaman mereka.

Pegawai Pertahanan Awam Miri Kapten (PA) Usman Harto, seramai empat anggotanya telah dikerahkan ke lokasi sebaik sahaja dimaklumkan mengenai penemuan itu sekitar jam 6.47 petang.


"Pengadu, seorang lelaki berusia 59 tahun berkata, kehadiran ular tersebut disedari ketika ibunya hendak masuk ke dalam tandas.

"Alangkah terkejut apabila ternampak seekor ular berada di dalam tandas tersebut," ujarnya.

Berkemungkinan besar, akibat cuaca yang agak panas beberapa hari lepas menyebabkan reptilia tersebut keluar dari hutan berdekatan mencari tempat lembap untuk perlindungan.

Operasi tamat sekitar jam 7.26 malam.

Ular tersebut telah dilepaskan ke habitat asalnya.
Next Post Previous Post