Kafe dijadikan kelab malam digempur, penjaga premis ditahan
![]() |
Seorang penjaga premis berusia 39 tahun ditahan dalam serbuan tersebut. Gambar kredit Fb Polis Brickfields |
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata lelaki berumur 39 tahun itu ditahan dalam serbuan di kafe berkenaan di Jalan Tun Sambanthan 4 di sini, pada 12.04 tengah malam.
“Polis turut melakukan pemeriksaan ke atas lapan pelanggan dan dua pekerja lain warga tempatan terdiri daripada lapan lelaki dan dua perempuan selain membuat rampasan barang kes iaitu dua keping resit perniagaan, sebuah ‘mixer’, mikrofon dan sebuah komputer riba jenama Lenovo,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Amihizam berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hiburan Wilayah Persekutuan 1992.
Orang ramai yang mempunyai maklumat kegiatan seperti itu dan maklumat lain berkaitan jenayah boleh salurkan kepada Hotline Polis Brickfields menerusi talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.
-- BERNAMA