Jaga kebersihan makanan, SOP bazar Ramadan
Johnny semasa mengadakan lawatan ke bazar Ramadan di hadapan Hotel Nu |
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu, Johnny Pang berkata, dalam masa sama kualiti makanan serta minuman yang dijual harus dijaga supaya pelanggan yang datang berpuas hati serta dapat menikmatinya tanpa was-was.
"Dalam penyediaan makanan, aspek kebersihan terutama penyediaan makanan harus sentiasa ditekankan supaya tidak wujud sebarang isu berkaitan kebersihan khususnya yang melibatkan keracunan makanan," ujarnya sejurus mengadakan lawatan ke bazar Ramadan di kawasan hadapan Hotel Nu, semalam.
Tatkala negara masih lagi berperang dengan COVID-19, aspek SOP harus sentiasa diberikan penekanan sama ada dari pemilik gerai atau orang awam yang datang ke bazar Ramadan dengan sentiasa memakai peiitup hidung dan mulut dan melakukan penjarakan sosial.
"Para peniaga juga turut disaran agar memakai sarung tangan semasa menyediakan makanan dan minuman bagi memastikan ianya bersih dan selamat untuk dinikmati," nasihat beliau.