IPT tidak dibenar naikkan yuran
Gambar hiasan kredit unsplash |
Kementerian itu dalam kenyataan hari ini menjelaskan bagi universiti awam (UA) ketika ini kerajaan masih menanggung sepenuhnya kos operasi mereka.
"Sumber kewangan yang disediakan oleh kerajaan masih mampu untuk membolehkan UA melaksanakan tanggungjawab dalam memberikan pendidikan kepada warganegara," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan KPT menetapkan moratorium ke atas yuran pengajian bagi IPT atas dasar keprihatinan dan cakna kebajikan rakyat khususnya para pelajar ketika negara baru sahaja memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik.
-- BERNAMA