IPD Kuching santuni anak yatim, anak istimewa

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah menyampaikan bantuan kepada salah seorang penerima, kelihatan sama Emmy Suin.

KUCHING—Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching memberi sinar kegembiraan kepada sembilan keluarga yang terdiri daripada keluarga anak yatim dan keluarga penerima bantuan anak istimewa warga IPD Kuching.

Majlis penyerahan sumbangan dan bantuan itu disempurnakan Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah bersama Pengerusi Perkep Emmy Suin dan Cawangan Kebajikan IPD Kuching, semalam.

Pada majlis itu beliau menyerahkan sumbangan bantuan kepada anak yatim, bantuan anak istimewa bagi warga IPD Kuching dan sumbangan peribadi berserta sumbangan daripada Perkep. 


Kata Ahsmon dalam kenyataan hari ini, penyerahan sumbangan ini merupakan daripada Tabung Kebajikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman.

Jelasnya, penerima terdiri daripada tiga keluarga anak yatim dan enam keluarga penerima bantuan anak istimewa warga IPD Kuching.

"Lawatan dan penyerahan bantuan telah diadakan di rumah penerima dan di balai polis.”

“Tujuan lawatan diadakan adalah untuk menyantuni dan juga disamping memberi kata-kata semangat kepada ahli keluarga penerima bantuan," ujarnya.

Selain itu, katanya, memastikan aspek kebajikan warga IPD Kuching terpelihara.

Program telah berakhir pada jam 5.30 petang dan telah berjalan dengan jayanya.

"Penerima bantuan menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak PDRM IPD Kuching kerana banyak membantu dan mempermudahkan hal-hal berkaitan dengan kebajikan anggota serta pihak keluarga," tambahnya.
Next Post Previous Post