Hanya sempat memberhentikan kereta sebelum terbakar
Kebakaran telah memusnahkan 100 peratus kereta terbabit. Gambar BBP Bintulu |
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 5 Bintulu, Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, sepasukan anggota bomba bergerak ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan bagi menjalankan kerja-kerja memadam kebakaran.
"Sampai di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati api sedang marak memusnahkan kereta yang diparkirkan di bahu jalan itu," jelasnya.
Anggota bomba menggunakan satu salur bantu mula dan satu tong foam air tangki jentera bagi memadam kebakaran yang berlaku. Gambar BBP Bintulu |
Pasukan bomba katanya menggunakan satu salur bantu mula dan satu tong foam air tangki jentera bagi memadam kebakaran yang berlaku.
Sejurus berjaya dipadam, pasukan bomba mendapati kebakaran telah memusnahkan 100 peratus kereta terbabit.
Wan berkata, hasil maklumat awal yang diperoleh dari pemilik kereta mendapati semasa kejadian, beliau berkata yang dirinya sedang memandu sebelum penghawa dingin keretanya tiba-tiba tidak berfungsi dan panas.
Pemilik kereta yang ketakutan kemudiannya memberhentikan kereta di bahu jalan lalu cuba mendapatkan bantuan dari bengkel berdekatan.
"Alangkah terkejutnya beliau semasa balik semula ke kereta yang dipandunya itu setelah mendapati api sedang marak memusnahkan keseluruhan komponen keretanya," jelas beliau.
Mujurlah katanya kebakaran berlaku tidak mendatangkan kecederaan atau kemalangan jiwa kerana mangsa keluar dari kereta yang dipandunya sebelum terbakar.