GADS minta ruang untuk berniaga

Datuk Majang Renggi (tengah) bersama tetamu bergambar beramai ramai selepas perlancaran pra Gawai Bazaar GADS 2022

MIRI--Gagasan Anak Dayak Sarawak (GADS) memohon diberikan satu 'venue' di daerah ini bagi membuka ruang peluang menjalankan perniagaan kepada komuniti Dayak.

"Kita mohon kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di sini agar kita diberi satu 'venue' untuk menjalankan aktiviti perniagaan atau expo mingguan Dayak,"ujar pengerusi GADS David Upe pada Khamis.

Ketika berucap dalam majlis perlancaran pra Gawai GADS 2022 semalam, David berkata mereka amat memerlukan sokongan daripada pihak Kerajaan Sarawak dalam usaha mengalakkan komuniti Dayak menceburkan diri dalam bodang perniagaan.

Pengerusi GADS ,David Upe (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Majang selepas perlancaran

"Seperti komuniti lain di negeri ini, kita juga mempunyai impian memiliki satu lokasi di mana kita dapat menjalankan perbagai aktiviti perniagaan," jelasnya.

Gawai Bazaar GADS 2022 bakal diadakan pada 2 Mei sehingga 21 ini, dengan sebanyak 40 kanopi disediakan untuk kemudahan perniaga.

Ini merupakan bazqar Gawai pertama dibuat selepas "menghilang" sejak tiga tahun lalu susulan COVID-19.

Bazaar pertama GADS telah diadakan pada tahun 2015 dan terakhir pada 2019 sebelum COVID19.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan II Datuk Majang Renggi yang mewakili Timbalan Premier I Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Bandaraya Miri merangkap Ahli Undangan Negeri Pujut Adam Yii Siew Sang.

Dalam majlis itu, Majang turut mengumumkan grant berjumlah RM35,000 daripada Datuk Amar Uggah.

Terdahulu, Majang dalam ucapannya berkata, bazaar Gawai GADS mampu menjadikan tarikan pengunjung termasuk pelancong kerana ia memaparkan keperbagaian makanan dan budaya komuniti Dayak.
Next Post Previous Post