Enam pelajar Sarawak dipilih sertai progam SEAYLP di Amerika Syarikat
McFeeters (empat kiri) merakam kenangan bersama peserta SEAYLP dari Sarawak. |
Pelajar terbabit ialah Angeleeca Domnu dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. Teresa, Kuching; Benedict Lim Hao Yan dan Isabelle Sim Mei Ing dari SMK Lutong, Miri; Eliza Tang Kah Li dari SMK Kidurong, Bintulu; Hannah Lenak Douglas dari SMK Tabuan Jaya, Kuching; dan Yeo Ming Hui dari SMK Batu Lintang, Kuching.
Turut menyertai mereka adalah seorang mentor dewasa iaitu Sheela Faizura Nik Fauzi dari UiTM Kampus Samarahan, Kota Samarahan.
Memetik laporan The Borneo Post, Duta Besar AS ke Malaysia, Brian McFeeters telah mengadakan pertemuan dengan pelajar terbabit di Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur pada 12 April.
Beliau menggalakkan mereka menjadi “duta belia” yang akan terus mengukuhkan dan meningkatkan hubungan AS-Malaysia.
“Saya penyokong kuat program pertukaran ini. Mereka adalah platform yang sangat penting untuk membina hubungan rakyat dengan rakyat antara kedua-dua negara kita," katanya.
Jelasnya, hubungan tersebut juga boleh membawa kepada kerjasama yang sangat luar biasa dalam sains, teknologi, perniagaan, seni dan pelbagai bidang lain.
“Saya benar-benar ingin menggalakkan anda semua memanfaatkan sepenuhnya pengalaman pertukaran anda. Sangat sedikit pelajar yang mendapat peluang seperti ini dan saya berharap anda semua akan memanfaatkan setiap hari ketika anda berada di Amerika Syarikat untuk mencuba perkara baharu dan membuat seberapa banyak yang boleh hubungan dengan rakyat Amerika,” kata McFeeters ketika bertemu tujuh peserta SEAYLP itu.
SEAYLP menyediakan peluang kepada pelajar sekolah menengah dan mentor dewasa dari sepuluh negara anggota ASEAN untuk program pertukaran tiga minggu yang memfokuskan pada kepimpinan dan pembangunan belia serta meneroka cabaran bersama yang dihadapi oleh Amerika Syarikat dan negara anggota ASEAN.
Para peserta akan membangunkan projek untuk memenuhi keperluan komuniti mereka apabila pulang ke tanah air.