Abang Johari menziarahi pusara ayahanda dan bondanya

Datuk Patinggi Abang Johari menabur bunga di atas pusara semasa menziarahi pusara ayahanda dan bondanya di Masjid Bahagian Kuching hari ini. Gambar kredit Sarawakku

KUCHING— Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini berkesempatan menziarah pusara ayahanda dan bondanya dalam kesibukan beliau sebagai Premier Sarawak.

Pusara allahyarham Tun Datuk Abang Haji Openg Abang Sapiee dan allahyarhamah Toh Puan Dayang Masniah Abang Abdul Rahman tersebut terletak di Masjid Bahagian Kuching. 

Datuk Amar Juma’ani menyiram air mawar di atas pusara. Gambar kredit Sarawakku
 
Beliau turut diiringi isteri Datin Patinggi Datuk Amar Juma'ani Tuanku Bujang, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) Datuk Abang Abdul Wahab Abang Julai dan beberapa pegawai masjid berkenaan.

Datuk Patinggi Abang Johari dan Datuk Amar Juma’ani bersama-sama membaca surah Yasin mendookan kesejahteraan. Gambar kredit Sarawakku

Beliau serta isteri bersama yang lain bersama-sama membaca surah Yasin bagi mendoakan kesejahteraan.
Next Post Previous Post