11 pelajar madrasah cedera, van terbabas elak musang
Gambar hiasan kredit unsplash |
Ketua Polis Daerah Rembau DSP Hazri Mohamad berkata dalam kejadian kira-kira pukul 2.40 pagi itu, seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun patah tangan kanan dan seorang lagi berusia 16 tahun cedera pada mulut, manakala sembilan yang lain cedera ringan.
Beliau berkata kedua-dua pelajar itu dirawat di zon kuning di Hospital Rembau dan selebihnya dirawat sebagai pesakit luar.
“Pemandu van Muhammad Tamimi Md Suhot, 26, cedera ringan di jari kiri, manakala baki tujuh lagi pelajar tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Kemalangan berlaku semasa mereka dalam perjalanan dari arah Seremban menghala ke Tampin dan setibanya di lokasi kejadian, van dipandu Muhammad Tamimi dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Hazri berkata kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
-- BERNAMA