Warga emas melecur, bangunan perkakas terbakar
Gambar PGO |
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak berkata, semasa kejadian, mangsa yang berada di rumah sempat lari menyelamatkan diri, namun melecur pada bahagian badan.
"Mangsa kemudiannya dihantar oleh anaknya ke Hospital Sibu bagi mendapatkan rawatan lanjut," ujarnya.
Menurutnya, sebanyak dua unit bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu dan BBP Sungai Merah dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan berhubung kebakaran pada jam 7.43 pagi.
Sejurus sampai katanya, pasukan bomba memulakan kerja-kerja memadam kebakaran yang mana pasukannya mengambil masa hampir 3 jam bagi mengawal kebakaran yang berlaku.
"Kebakaran yang berlaku turut merebak ke sebuah lagi bangunan stor berhampiran," menurut beliau.
Mujurlah kebakaran yang berlaku ujar beliau tidak mendatangkan kemalangan jiwa.
Anggaran kerugian serta punca kebakaran masih lagi dalam siasatan.