Warga emas maut kenderaan dirempuh pemandu khayal dadah
Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Suzaimi Mohamad lelaki berusia 31 tahun yang memandu kereta Perodua Myvi itu turut patah kaki kanan akibat kemalangan pada pukul 9.30 pagi itu, dan polis turut menemukan pelbagai jenis mercun di dalam kereta Perodua Myvi berkenaan.
"Siasatan awal polis mendapati pemandu kereta Perodua Myvi dari arah Kota Bharu menuju Gua Musang gagal mengawal kenderaan dan memasuki laluan bertentangan sebelum berlanggar dengan kereta Proton Waja dari arah Kuala Krai ke Machang.
“Kejadian itu menyebabkan pemandu kereta Proton Waja, Mohamad Umar, 70, berasal dari Kampung Padang Nenas Belanga, Kuala Krai maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah, manakala dua penumpang lelaki berusia 20 dan 50 tahun mengalami kecederaan ringan.
“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1967,” katanya.
-- BERNAMA