Usahawan simpan sekeping duit syiling berusia 147 tahun dan ia kini untuk dijual


LIMBANG-- Seorang usahawan mendakwa menyimpan sekeping duit syiling lama Amerika Syarikat berusia 147 tahun yang dijumpai di kawasan parkir tingkat bawah di bangunan Limbang Plaza pada 2015.

Herun Bungsu, 62 dari Kampung Patiambun semasa menceritakan detik penemuan duit syiling lama itu berkata, syiling lama itu dijumpai ketika hendak keluar dari keretanya kira-kira jam 12 tengah malam. 


"Ketika hendak keluar kereta, ada benda bergerak di tapak kaki kanan saya sebelum saya mengutipnya dan membawa pulang ke rumah.

“Selepas dibersihkan, saya mendapati ia mempunyai catatan tahun 1875 dan tertera perkataan United State of America," katanya kepada Borneo Network semalam.


Beliau menambah, duit tersebut mempunyai lambang burung helang mitos dan seorang wanita.

Herun yang menyimpan duit syiling lama itu sejak tujuh tahun lalu tidak mendedahkan penemuaan itu melainkan kepada ahli keluarga terdekat. 


Bagaimanapun katanya, beliau akan menjual duit syiling lama itu kepada pihak-pihak yang berminat seperti Muzium Sarawak untuk dipamerkan sebagai koleksi duit syiling lama.

Mereka yang berminat boleh menghubunginya di talian 013-6523442. 
Next Post Previous Post