Tunggang lawan arus, pemuda maut motosikal bertembung kereta


SIBU: Padah menunggang motosikal dengan melawan arus, seorang penunggang motosikal maut dalam selepas bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Kemuyang di sini malam semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, penunggang yang maut itu berusia 20 tahun, beralamat di Rumah Lawai Sungai Sian, Bintangor.


"Kemalangan berlaku sekitar jam 9.38 malam melibatkan sebuah motosikal dan sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 26 Tahun.

"Kemalangan dipercayai berlaku berpunca daripada penunggang motosikal yang menunggang secara melawan arus seterusnya bertembung dengan kereta terbabit yang sedang bergerak terus di laluannya menghala ke Pusat Bandar," katanya dalam kenyataan hari ini.


Alexson memberitahu akibat kemalangan, penunggang terbabit cedera parah pada bahagian kepala dan kaki, telah disahkan meninggal dunia oleh pertugas ambulan yang datang ke tempat kejadian.

Tambahnya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sibu untuk tindakan selanjutnya.

Jelasnya, kes masih dalam siasatan dan disiasat di bawah di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Next Post Previous Post