Tiga individu dikhuatiri sesat di hutan Kampung Selabat
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, kesemua individu terbabit gagal menemui jalan keluar susulan air pasang disebabkan kedudukan ketiga-tiga mangsa berada di tepi sungai.
Katanya, seramai empat anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya diarahkan ke lokasi sejurus menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 7.57 malam tadi.
Setakat laporan ini ditulis, identiti ketiga-tiga orang hilang masih belum dikenal pasti.
Untuk rekod, Kampung Selabat terkenal di kalangan pengembara dan penggemar sukan lasak berikutan keindahan alam semula jadi terdapat di situ.
Info lanjut bakal menyusul.