Tergamak tampar ibu sendiri kerana wang
Suspek ditahan polis selepas menampar ibunya kerana wang |
Dalam kejadian itu, suspek dipercayai berang selepas ibunya yang berusia 44 tahun dan merupakan suri rumah enggan memberikan wang.
Mangsa yang mengalami kecederaan pada bahagian pipi kiri kemudian tampil membuat satu laporan polis.
Ketua Polis Daerah Miri, ACP Hakemal Hawari, berkata susulan itu tangkapan dilakukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ)IPD Miri dan dibantu Unit Ronda Cegah Jenayah (RCJ) Balai Polis Batu Niah.
“Suspek berusia 21 tahun itu telah ditahan sekitar jam 2 petang pada Selasa di kediaman ibunya berhampiran Jambatan Suai Batu Niah,” katanya dalam kenyataan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan menyebabkan kecederaan yang memperuntukan hukuman penjara setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-dua sekali.