Suspek curi terung miliki senapang angin ditahan
Ketua Polis Daerah Tanah Merah DSP Zainuddin Md Yusuf berkata pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Tanah Merah bersama anggota Balai Polis Gual Ipoh telah menyerbu sebuah rumah di Kampung Bukit Durian, Gual Ipoh, di sini, petang semalam.
Katanya, dalam serbuan tersebut pihaknya menahan lelaki terbabit dan menemukan sembilan biji bebola besi serta tiga biji dadah jenis pil yaba dalam poket seluar suspek.
"Hasil pemeriksaan lanjut di dalam rumah tersebut, anggota pasukan berjaya menjumpai selaras senapang angin buatan sendiri bersama 12 biji bebola besi dan satu tabung gas kompresor peti ais yang telah diubah suai menjadi pam angin.
"Turut ditemukan ialah tiga guni berisi buah terung di kawasan luar rumah suspek," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Zainuddin berkata suspek yang memiliki tiga rekod lampau berkaitan dadah ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 8 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Suspek turut disiasat berkaitan kes kecurian buah terung di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya.
-- BERNAMA
“Suspek turut disiasat berkaitan kes kecurian buah terung di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya.
-- BERNAMA