Sebuah keluarga diduga, rumah terbakar sebelum Ramadan
Kejadian yang berlaku sekitar tengah hari tadi turut menyebabkan salah seorang mangsa lelaki melecur dan telah diberi rawatan awal sebelum dihantar ke hospital berdekatan.
Komander Operasi, PPgB Nazry Mohamat berkata, lima panggilan kecemasan berhubung kejadian telah diterima pihaknya sekitar jam 11.45 tengah hari.
"Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan telah dikerah ke lokas Siburan dengan bantuan BBP Kota Samarahan.
"Setibanya di lokasi, didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis kekal satu tingkat berukuran 6 x 7.5 meter telah musnah sekitar 80 peratus," katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagaimanapun kata Nazry, kepantasan penduduk kampung memadam kebakaran menggunakan lima unit Alat Pemadam Api (APA) dari sekolah berdekatan berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah-rumah bersebelahan sebelum ketibaan bomba.
Katanya, pasukan bomba kemudian melakukan operasi pemadaman menggunakan dua pancutan nozzel dan satu aliran salur bantu air pada jarak 200 kaki yang dihubungkan dari jentera.
"Setelah selesai kerja-kerja overhoul dan mengumpul segala maklumat, operasi ditamatkan pada jam 1.11 petang, " ujarnya.