SAR hari ketujuh, usaha kesan Eric terus dipergiatkan


KUCHING: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) Eric Chang Wei Jie, kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun yang dilaporkan hilang sejak 7 Mac lalu diteruskan pada hari ketujuh hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, Komander operasi yang diketuai oleh PPgB Nazari Harun telah bergerak ke lokasi pada jam 9:50 pagi. 


"Operasi SAR bersambung hari yang ketujuh. Selain itu Unit Pengesan K9 Bomba seramai dua anggota juga turut serta pada operasi hari ini bersama anjing pengesan bernama Bella," katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, perkembangan terkini kes itu akan dikemas kini dari semasa ke semasa.


Eric sebelum ini dilaporkan hilang pada 7 Mac lalu ketika dalam jagaan oleh pengasuhnya di sebuah kawasan perumahan di Bintawa.

Pengasuhnya bersama suami kini direman sehingga 24 Mac ini.
Next Post Previous Post