Rumah terbakar, warga emas melecur ketika selamatkan diri

Gambar kredit Bomba Sarawak

MIRI-- Seorang wanita warga emas melecur pada dahi dan tangan selepas rumah miliknya terbakar di Jalan Tanjung Batu 1A , Kampung Padang Kerbau di sini malam tadi.

Dalam kejadian itu, Asiah Morshidi,59, bersama anaknya Mohamad Sahriel Abdullah , 25, sempat melarikan diri.

Menurut jurucakap Bomba Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, mangsa melecur sewaktu hendak menyelamatkan diri.


Mangsa seterusnya dihantar ke Hospital Miri untuk rawatan selanjutnya.

Seramai sembilan anggota dari Balai Bomba Lopeng diketuai TPgB II Hamdani Madon bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada jam 10.17 malam.

Pasukan bomba membuat pemadaman berkonsepkan RECEO dengan membentang tiga aliran, dua aliran salur bantu mula dan satu aliran 100 kaki hos hantaran air dari jentera bomba dengan punca air dari pili bomba berdekatan pada jarak 300 kaki sehingga kebakaran padam sepenuhnya.

Operasi tamat pada jam 12.52 tengah malam.

Kebakaran itu memusnahkan sebanyak 85 peratus struktur rumah.

Next Post Previous Post