Rumah terbakar, penghuni sempat selamatkan diri

Kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Faradale awal pagi tadi. Gambar kredit Bomba

MIRI— Seorang lelaki sempat lari menyelamatkan diri selepas rumah teres dua tingkat yang didiamiya di Taman Faradale, Jalan Oya terbakar awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak mengesahkan, seramai 20 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng dan BBP Miri bergerak ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan berhubung insiden berkenaan pada jam 1.18 pagi tadi.


Katanya, pasukan bomba mengambil masa hampir satu jam memadam kebakaran yang berlaku yang mana api terkawal sepenuhnya pada jam 2.38 pagi.

"Kebakaran ini memusnahkan sekitar 65 peratur komponen rumah.

“Mujurlah mangsa api dapat lari menyelamatkan diri dan api dapat dikawal dari merebak ke rumah bersebelahan yang lain," ujarnya.

Punca kebakaran serta anggaran kerugian bagaimanapun masih lagi dalam siasatan.
Next Post Previous Post