Projek Jambatan Marudi tergendala akibat kontraktor bermasalah


MARUDI: Sikap kontraktor yang sambil lewa dan tidak bertanggungjawab untuk menyiapkan projek menyebabkan Projek Jambatan Marudi tergendala.

 

Timbalan Menteri Kesihatan Awam dan Perumahan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi, Datu Dr. Penguang Manggil berkata, projek itu tergendala disebabkan kontraktor yang bermasalah.




Berikutan itu, tegasnya, kerajaan kini dalam proses menamatkan perkhidmatan kontraktor tersebut dan dalam proses melantik kontraktor baru.

 

"Saya sentiasa memantau projek ini dengan dekat semenjak lebih setahun lepas apabila mendapati prestasi kontraktor tersebut semakin merosot," katanya menerusi hantaran di Facebooknya.


Sehubungan itu, Dr. Penguang menggesa Jabatan Kerja Raya (JKR) lebih berhati-hati dalam proses melantik kontraktor baharu nanti.

 

Beliau juga mahu JKR segera melantik kontraktor yang lebih bertanggungjawab untuk menyiapkan projek tersebut.

 


"Saya menggesa pihak JKR agar memastikan proses pelantikan kontraktor yang baru ini dilaksanakan dengan cepat kerana rakyat tertunggu-tunggu projek Jambatan Marudi ini siap," ujarnya.



Pada 20 Mac lalu, beliau menemani Timbalan Primier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas merangkap Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan  melawat Projek Jambatan Marudi.

 

Dalam lawatan itu, Uggah juga diberi taklimat dari JKR berkenaan status projek tersebut.

Next Post Previous Post