PPMW5 Selesaikan 5 Kes Penyeludupan Diesel di Bintulu, Sibu, Miri

Gambar PPMW5

BINTULU: Pasukan Polis Marin Wilayah 5 (PPMW5) berjaya merampas 26, 065 liter diesel yang dianggarkan bernilai RM56, 040 masing-masing 1 kes di Bintulu, 3 di Sibu dan 1 kes di Miri.

Jurucakap PPMW5 berkata, tangkapan di Bintulu melibatkan sebuah lori tangki rigid Nissan yang membawa muatan 12, 000 diesel bernilai RM25, 800 di Jalan Bintulu-Bakun pada jam 8.30 pagi. 

Turut ditahan katanya pemandu lori yang merupakan seorang lelaki berusia 45 tahun dan seorang kelindan berusia 25 tahun.


Menurut beliau, bagi tiga tangkapan di Sibu pula, tangkapan pertama melibatkan sebuah lori jenis Toyota Hino di tepi Jalan Tunku Abdul Rahman pada jam 5.40 pagi.

Pemeriksaan yang dijalankan Risikan Marin (URM) ke atas lori terbabit katanya berjaya merampas 935.43 liter diesel yang dianggarkan bernilai RM 2,011.

"Turut ditahan ialah pemandu lori yang merupakan lelaki berusia 27 tahun dan seorang kelindannya berusia 22 tahun," jelasnya.
Tangkapan kedua pula jelas beliau melibatkan sebuah lori jenis Toyota Hino di tepi Jalan Truntum pada jam 7.30 pagi.


Pemeriksaan yang dijalankan jelas beliau menjumpai 730 liter diesel yang bernilai RM1,569.

Pasukan URM katanya menahan seorang lelaki berusia 31 tahun yang merupakan pemandu lori bagi membantu siasatan.

Tangkapan yang kedua ujarnya menjurus kepada penangkapan ketiga melibatkan sebuah lagi lori Toyota Hino 1.5 tan yang membawa muatan 400 liter diesel yang dianggarkan bernilai RM860 pada jam 12.10 tengah hari.

Pemandunya yang berusia 42 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan.

Sementara itu di Miri katanya, URM berjaya menahan sebuah lori di Jalan Lutong Kuala Baram pada jam 4.50 petang.


Hasil pemeriksaan katanya menemukan 12, 000 liter diesel yang dianggarkan bernilai RM25, 800.
Turut ditahan ialah seorang lelaki yang merupakan pemandu lori berusia 41 tahun bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, kesemua pemandu termasuk kelindan dalam kes tangkapan ini gagal mengemukakan dokumen memiliki, menyimpan atau membawa barang kawalan tanpa permit atau kebenaran khas dari pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Next Post Previous Post