Petronas diharap ikut jejak Shell Malaysia
Shell Malaysia pindah pusat operasi serantau ke Miri pada tahun 2023. Gambar kredit Shell Malaysia |
Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Sri Lee Kim Shin, langkah ini wajar memandangkan telaga minyak pertama ditemui di sini pada 1910, lebih seratus tahun yang lalu.
“Saya berharap Petronas akan mengikut jejak pihak Shell Malaysia.
"Janganlah semua nak berpusat di Kuala Lumpur sahaja, Miri juga berpotensi untuk berkembang sebagai pusat pembangunan dalam sektor minyak dan gas," ujarnya ketika ditemui di sini hari ini.
Pejabat Shell di Lutong, Miri |
Dalam pada itu, Lee gembira dan memuji langkah Shell Malaysia untuk memindahkan operasi ke sini.
“Ibarat sirih pulang ke gagang. Ia sangat bertepatan kerana telaga minyak pertama ditemui di sini atas Bukit Kanada.
“Langkah ini sudah tentu merancakkan pertumbuhan ekonomi dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan kepada penduduk tempatan,” katanya.
Pada Selasa, pihak Shell Malaysia dalam satu kenyataan akhbar, mengesahkan pusat operasi serantaunya akan dipindahkan ke Miri Times Square pada penghujung tahun 2023.