Penghuni Rumah Terkejut, Ular Sembunyi Bawah Almari Pakaian

Gambar APM Bintulu

BINTULU--Penghuni sebuah kediaman di Jalan Kampung Jepak dikejutkan dengan kehadiran seekor ular berbisa spesies ular karang merah hitam sepanjang satu meter, petang Khamis.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bintulu, Ra'idah Jomi berkata, seramai tiga anggotanya bergerak ke lokasi rumah dinyatakan bagi menjalankan khidmat khas menangkap ular berkenaan sejurus menerima panggilan pada jam 5.15 petang.

"Sampai di lokasi kejadian, Skuad Asto Bravo APM Bintulu mendapati sememangnya terdapat seekor ular berada pada bahagian bawah almari pakaian pemilik rumah," ujarnya.


Pasukan APM sejurus itu menggunakan alat penyepit dan penjerut khas bagi menangkap reptilia bernilai itu lalu menyimpannya dalam kotak simpanan ular.

Sejurus berjaya ditangkap, ular berkenaan dibawa ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) bagi tindakan lanjut.

Mujurlah katanya kehadiran ular terbabit dapat dikesan oleh penghuni rumah dan tidak mendatangkan kecederaan buat mereka sekeluarga.
Next Post Previous Post