Pencuri terbabas dalam longkang, lari lintang pukang
Kenderaan pencuri yang terbabas dalam longkang dalam percubaan melarikan sebuah kenderaan pacuan empat roda di sini hari ini. |
Dalam kejadian sekitar jam 4 pagi itu, pemilik tersebut sedang tidur terbangun apabila terdengar bunyi kenderaannya.
Mangsa kemudian bergegas keluar dan melihat tiga suspek lelaki, dua daripadanya berada dalam kenderaan pacuan empat roda manakala seorang lagi dalam sebuah kenderaan lain dan sedang menunda kenderaan miliknya.
Tanpa berlengah, lelaki tersebut mengejar mereka dengan kereta lain sehingga di Lorong 16.
Namun, pacuan empat roda itu tiba-tiba terkunci secara automatik dan gagal untuk bergerak ditengah-tengah jalan. Kedua-dua suspek itu kemudian keluar daripada kenderaan berkenaan.
Menurut sumber, salah seorang suspek bersenjatakan parang kemudiannya memotong tali dan berlari ke arah kereta yang digunakan mereka.
Bagaimanapun seorang daripada suspek yang memandu kereta tersebut panik dan terpijak pemecut menyebabkan kereta berkenaan memecut dan terbabas ke dalam longkang.
Kedua-dua suspek berlari ke kereta mereka dan membantu rakan suspek sebelum ketiga-tiga mereka memanjat ke sebuah rumah berhampiran dan melarikan diri.
Pemilik kenderaan pacua empat roda terbabit tampil membuat laporan polis berhubung kejadian itu.