Pemuda maut tercampak ke parit selepas motosikal bertembung 4WD
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian |
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, mangsa dikenali sebagai Patric Musa Stapa, 21, beralamat dari Batu 5 1/2 Jalan Repok di sini.
"Kemalangan dipercayai berlaku sekitar jam 4.30 petang melibatkan dua kenderaan iaitu 4WD dan motosikal.
"Semasa pemandu 4WD yang datang dari arah Sibu ke Sarikei sampai di tempat kejadian, motosikal mangsa datang dari arah Sarikei telah hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan terus melanggar bahagian hadapan 4WD tersebut.
Kemalangan maut di di Kilometer 3 Jalan Kwong Ming-Mina di sini petang Selasa. |
"Ini menyebabkan penunggang motosikal tercampak ke parit lalu meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelasnya, mangsa dikatakan tidak mempunyai lesen kenderaan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Sarikei.
Sementara itu, pemandu 4WD katanya tidak mengalami sebarang kecederaan.
Tegasnya, kes masih dalam siasatan dan disiasat di bawah Seksyen 41 (1)Akta Pengangkutan Jalan 1987.