Pemilihan PKR: Harap insiden kerusi terbang tidak berulang kembali
Beliau meminta anggota dan calon yang akan bertanding dalam pemilihan itu nanti berkempen secara berhemah dan penuh tertib.
Tambahnya, anggota dan bakal calon juga diharap tidak membuat serangan yang tidak sepatutnya terhadap pesaing masing-masing semasa proses kempen semasa pemilihan.
"Anggota dan (bakal) calon diharapkan berkempen secara berhemah dan penuh tertib serta tidak membuat serangan yang tidak sepatutnya terhadap pesaing masing-masing semasa proses kempen semasa pemilihan.
"Biarlah pemilihan kali ini dibuat secara harmoni dan semangat kekeluargaan sebagai anggota PKR tanpa ada insiden yang tidak manis dipandang dan didengar," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas tentang pemilihan parti itu, Abun berkata, PKR akan mengadakan pemilihan untuk memilih pemimpin dari peringkat Cabang sampai ke Presiden.
"Anggota PKR Sarawak tidak ketinggalan untuk turut sama dalam pemilihan kali ini.
"Penamaan calon bagi pemilihan cabang seluruh negara ditetapkan pada 8 hingga 10 April manakala penamaan calon bagi MPP (Majlis Pimpinan Pusat) pada 11 April" jelasnya.
Menurutnya lagi, pengundian secara E-voting (manual) ditetapkan pada 13 hingga 17 Mei manakala Pengundian Dalam Talian (PAT) pada 18 hingga 20 Mei.
"Diharapkan anggota yang memiliki telefon pintar boleh memuat turun aplikasi ADIL untuk mengundi secara atas talian.
"Selamat menghadapi pemilihan kepada semua anggota PKR seluruh negara amnya dan Sarawak khasnya," ujarnya.