Pemberontak di Papua, Indonesia tembak mati 8 juruteknik
Gambar Google Map |
Lapan mangsa merupakan pekerja syarikat telematik Palaparing Timur Telematika (PTT). Ketika kejadian, mangsa sedang membaiki Stesen Pemancar Pangkalan Menara (BTS) milik operator telekomunikasi kerajaan Indonesia Telkomsel.
Kamal berkata, setakat Jumaat, pihak berkuasa masih tidak dapat mengalihkan mangsa berikutan cuaca buruk, manakala lokasi jenayah hanya boleh dihubungi menggunakan pengangkutan udara.
"Kami telah mengarahkan pasukan kami untuk mengeluarkan mayat itu secepat mungkin dan menjalankan siasatan lanjut kes itu," kata Kamal.
-- BERNAMA