Mi Sup Ikan Patin RM60 Di Sarikei?
Kredit gambar WhatsApp Group |
Bertindak daripada maklumat itu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Sarikei melakukan pemeriksaan ke atas sebuah kedai makanan untuk menjalankan siasatan ke atas isu tersebut.
Ketua KPDNHEP Sarikei Mohamad Zawawi berkata, hasil siasatan dan pemeriksaan di premis kedai makan itu mendapati pemilik premis melakukan suatu kesalahan di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penandaan Harga Bagi Barangan dan Caj Perkhidmatan) 2020 iaitu gagal mempamerkan tanda harga jelas ke atas barangan atau menu makanan yang dipamerkan untuk jualan di premis.
“Siasatan dilakukan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
“Berikutan itu, pemilik premis terbabit dikenakan kompaun serta-merta sebanyak RM300 atas kesalahan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohamad mengingatkan peniaga agar menjalankan perniagaan dengan jujur serta meletakkan tanda harga jelas ke atas barangan atau perkhidmatan dipamerkan untuk jualan bagi memudahkan pengguna membuat pilihan.
Namun, pengguna dan pelanggan juga perlu menyemak menu disediakan dan memastikan harga sebelum membuat pesanan bagi mengelak perkara itu berlaku.
“Sebarang pelanggaran di bawah peruntukan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 peniaga boleh dikenakan tindakan undang-undang seperti berikut:
“Individu yang didapati bersalah boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000.
“Bagi syarikat pula, mereka boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000,” jelasnya.
“Individu yang didapati bersalah boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000.
“Bagi syarikat pula, mereka boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000,” jelasnya.