Mangsa Kemalangan Membabitkan Van dan Lori Treler, Meninggal Dunia Selepas Hampir 4 Jam Bertarung Nyawa

Wickyandi Wahid, 26 (gambar Polis Trafik Bintulu)

BINTULU: Wickyandi Wahid, 26, seorang warga Indonesia yang megalami kecederaan parah dalam kemalangan membabitkan van dipandunya dan lori treler menghembuskan nafasnya yang terakhir selepas hampir 4 jam bertarung nyawa semasa diberikan rawatan di wad kecemasan pada jam 6.40 petang semalam.

Adalah difahamkan sebelum itu, pemerikaaan serta rawatan awal diberikan pasukan paramedik buat ma mangsa mendapati beliau mengalami kecederaan parah dan patah kaki kanan.

Rakan mangsa, Jokosunardi, 37, turut mengalami kecederaan dan diberikan rawatan di zon kuning bagaimanapun dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu sebagai mengesahkan kejadian.


Hasil siasatan awal katanya, dalam kemalangan yang berlaku pada jam 3.05 petang itu, mangsa dan seorang lagi rakan senegaranya itu dikatakan dalam perjalanan dari arah Bandar Bintulu.

"Sampai di kawasan Junction 5, van yang dipandu mangsa merempuh sebuah lori treler yang hendak masuk ke simpang SJK (C) Sibiew," jelas Alexson.

Rempuhan yang berlaku turut menyebabkan van dinaiki kedua-dua mangsa terbalik di atas jalan.

Pemandu lori treler terbabit dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kes ini akan disiasat di bawah Sekyen 41 (1)Akta Pengangkutan Jalan1987.

Mayat mangsa sudah dibawa ke Unit Hospital Bintulu bagi tujuan bedah siasat.
Next Post Previous Post